thumbs-iconSatisfied Guarantee!

clock-iconworking hours : Every day (8.00am - 6.00PM) except Friday

logo
mobile-icon

Call / Whatsapp for inquiry017-292 9680

page-banner

Single Post

blog-1 10 March

KONTRAKTOR BIASA BUAT KERJA SENANG SIMBAH ASID UNTUK BERSIHKAN LANTAI TAPI HAKIKATNYA...

Seronok bila rumah baru siap, atau rumah baru diubah suai, tak sabar rasanya bila nak masuk rumah baru kan. Semua orang mengalami rasa yang sama, teruja tu mesti ada.

Tapi nanti dulu, pastikan rumah yang bakal anda duduki ini bersih dari kotoran seperti habuk, kesan simen, kesan cat dan sebagainya.

Kebiasaanya pelanggan akan cakap, alaaa takpe, kontraktor yang buat rumah ni boleh bersihkan, jadi tak perlu nak upah syarikat pencuci professional.

Sabar dulu tuan puan, kami nak kongsi dengan tuan puan sebelum membuat keputusan seperti di atas. 2 risiko yang bakal pemilik rumah akan hadapi sepanjang hidup mendiami rumah sendiri ialah :-

1) rumah yg biasanya baru siap atau baru renovate akan digunakan oleh pekerja-pekerja kontrak sebelum tuan rumah gunakan terutama bahagian tandas, hehe faham faham ajelah, geli bang....huhu... kalau pun mereka bersihkan...ala kadar aje...kalau anda sanggup...silakan

2) kebanyakkan kontraktor buat rumah ni bukan kerja dia untuk membersihkan rumah yg mereka siapkan, jadi bila boss mereka suruh bersihkan, maka lebih mudah mereka gunakan asid untuk hilangkan kotoran. Untuk kesan jangka pendek memang superb, rumah tuan puan nampak sangat bersih, tapi tunggulah dalam masa 3-4 bulan, akan timbul kesan-kesan putih pada lantai porch, lantai tandas, hasil dari tindak balas asid yang digunakan.

2 risiko ini bukan sahaja untuk tuan puan yg membeli rumah baru atau baru ubah suai rumah sahaja, tetapi juga kepada tuan puan yang membeli rumah lelong dan rumah 2hand, pastikan tahu owner asal, kalau was-was, eloklah di samak terlebih dahulu.

Jadi bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?, mudah sahaja tuan puan, berbincanglah dengan kontraktor yang tuan puan upah dan mohon kepada mereka untuk menggunakan syarikat pencucian yang professional untuk membersih dan mencuci rumah kesayangan tuan puan sebelum di duduki.

Insha Allah kami di Ali Cleaning boleh membantu menyelesaikan masalah tuan puan seperti di atas.

Maklumat lanjut untuk dihubungi ada di ruangan komen!

Pastikan rumah yang bakal anda duduki ini bersih dari kotoran seperti habuk, kesan simen, kesan cat dan sebagainya."

*Nabil Ahmad Meletop pun gunakan servis cucian dari kami tau